Monday, January 21, 2013

REPORT ACTIVITY MEMANCING

Hari ni. seperti biasa, kaknab memang pi mancing juga. Pagi dalam pukul 10.00, kaknab nak pi Jusco beli barang, tapi sebelum tu, kena singgah parit dulu mancing. sampai kat parit, kaknab terus taut rod, tak sampai 10 minit, ikan dah tarik, dia tarik jauh, hai ikan apa ni, jauh dia bawa kelampung, ingat haruan dah. tarik punya tarik rupanya tilapia. boleh tahan besaq juga. tengah dok buka ikan nak masuk dalam botol, rod yang lagi satu pun ikan dok tarik, tengok2 ada lagi seekor ikan tilapia, pun sama besar dengan yang mula tadi. Kira dalam 20 minit dapat 2 ekor, kira ok lah. tengok jam 10.30 pagi dah,. tunggu lagi sampai pukul 10.50, senyap je, ikan dah tak tarik lagi. memang takat ni saja rezeki hari ini 2 ekor ikan tilapia. Kaknab pun berhenti memancing, kayuh basikal terus pi jusco untuk beli barang sikit.


Balik rumah kaknab timbang ikan tu 250 gm sama berat pula tu, mesti 2 beradik ni. kaknab siang, mula2 ingat nak masak sup dengan 2 ekor ikan haruan yang kaknab dapat kelmarin tu. pastu ubah fikiran kaknab garamkan saja, campur dengan tilapia, tangkapan tempoh hari yang kaknab simpan dalam peti ais. Banyak pula stock tilapia ni. nanti esok boleh kaknab gaul dengan serbuk untuk buat pekasam.


 Petang lepas asar, kaknab pi lagi memancing, hari ni pi sorang saja, sebab husband kaknab tak ada kat Penang, dia pi Melaka urusan kerja. Tapi hari ni tungu punya tunggu, baling punya balik rod, asyik2 dapat ikan tecik tonet saja, tilapia kecik2, ikan terubui pun kecik2 saja. balik pukul 7.00 dengan botol kosong. sebab hari ini CNR hehehe.

Wednesday, January 2, 2013

ban pecah tanjung piandang

mai kaknab tempek gambar yang menarik semasa kaknab dan suami pi memancing kat ban pecah, tanjung piandang, kaknab suka ambik gambaq kat sana sebab cantik sangat.






masa ni ikan banyak kat ban pecah, kaknab dapat tengkerong yang besar


kerapu senang2 je dapat
masa tu ikan pari pun selalu dapat . ikan pari ni terberanak semasa kaknab dapat dia, anak dia jatuh dalam timba, siannya, anak kaknab lepaskan ke laut

Tuesday, January 1, 2013

memancing tilapia lagi

Baru balik dari memancing kat parit, tempat biasa parit dekat roundabout Jusco. Aktiviti memancing membuka tirai tahun baru dengan pancingan yang lumayan, dapat 26 ekor tilapia, dalam 2 1/2 kilo, pi pukul 8.00 pagi balik 9,30 pagi, mau tak dapat banyak, suami pakai 4 rod, kaknab pakai 3 rod,  kalau pakai 1 rod, tak boleh dapat macam ni banyak kalau sekejap, itu pun hujan turun kalau tak memang tak balik lagi lah, yang besar2 boleh lah buat lauk, goreng pun sodap, yang kecik sikit buat pekasam.

ikan dalam botol, siap nak balik

tunggu mati, baru nak siang