Monday, December 31, 2012

pancing lagi

Pagi tadi kaknab p memancing parit dekat roundabout lagi, hari ini best 9 ekor tilapia kaknab dapat, besar2 pula tu, yang best ialah masa ikan tarik pelampung zuuuuup p jauh, bila tarik pun berat, seronok lah sebab tu asyik gila nak p memancing, ikan yang kaknab dapat 9 ekor, 4 ekor bagi kawan kaknab 5 ekor lagi kaknab masak gulai tempoyak tilapia, sedapnya, ikan baru manis isinya. yang kecil2 sikit, hasil pancing semalam kaknab nak buat pekasam, dah siang dan garamkan nanti esok baru boleh lumur dengan serbuk beras goreng.

ikan tilapia dan puyu untuk buat pekasam

Sunday, December 30, 2012

CACING

Geli tak dengan cacing? ramai juga yang geli geleman tengok cacing, tambah pula dia melenting letok, lagi lah depa geli, tapi bagi pemancing tegar macam kaknab, pegang cacing biasa je, kaknab nanti korek dekat block B4, tanahnya lembab banyak cacing yang gemok2, kolor kelabu2. tanah sebelah rumah kaknab cacing dia lain sikit, merah2 lembut, Lagi satu cacing pula merah terang, gemok leper sikit, tapi melenting bukan main, kadang2 kalau tak kena bubuh kat mata kail, dia punya lenting, sampai boleh terlucut, tak sempat ikan nak makan, tapi cacing jenis ni, jarang kaknab jumpa, baru2 ni kaknab dapat dekat bekas pokok betik yang mati, mak ai, kaknab angkat akar2 kat situ, meremut cacing merah menyala, kaknab yang selalu dok cari cacing, pun rasa naik geli pula. banyak sangat pastu dia kelupuq teruk, kalau yang tak biasa lagi lah geli geleman.

cacing yang kaknab gali, banyak kan

port memancing favourite

Tanjung Piandang, Ban pecah. Sebelah parit, sebelah lagi laut, Di sini ialah port memancing kaknab yang paling suka sekali, kaknab selalu mancing dekat parit, senang, tak payah nak hayun rod nak baling jauh, kalau mancing laut. Suami suka mancing laut, tapi sejak dua menjak kebelakangan ni, ikan dilaut tak dapat langsung, baling je umpan habis dimakan buntai, suami pun dah boring, asyik hampeh saja.

parit yang panjang, kalau memancing kat sini tak pernah hampeh, selalu mesti dapat ikan, tak kiralah ikan apa pun, puyu, tilapia, haruan, selalu yang dok dapat banyak ikan temekong lah, tau dak ikan temekong, pernah tengok dak ikan ni, ikan ni species ikan duri, tapi kecil2 paling besar pun dalam 2 jari macam tu. Kalau besar 2 jari kaknab ambik, yang tecik tonet kaknab buang balik, tilapia, puyu memang besar2 kat sini.



Saturday, December 29, 2012

TILAPIA LAGI

Semalam Jumaat petang, kaknab dengan suami pi memancing lagi kat parit roundabout jusco tu, suami dapat 9 ekor tiliapia kaknab 3 ekor je, yang kaknab dapat ikan tecik2 tonet banyak, macam national geography pula catch and release, ikan tecik2 kaknab lepaskan bagi dia besaq sikit, lain kali boleh lah kaknab mai memancing lagi. Pukul 7.00 kami pun balik, Pagi ni, Sabtu tengok cacing tak berapa banyak, pagi2 lagi kaknab pi korek dapat 20 ekor jadi lah untuk memancing pagi ni, selalunya pagi2 tak boleh memancing lama kat parit tu, sebab panas, pukul 10 macam tu kami pun balik lah, semalam 12 ekor, pagi ni 4 ekor jadi 16 ekor semua, yang 9 ekor dah mati, kaknab pun siang masuk dalam peti ais, tinggal lagi 7 ekor masih hidup dok terkodek2 berenang dalam besen. tunggu gol baru kaknab siang lagi, kat suami masak cabai boh daun kunyit sodap.
yang masih berenang



12 ekor yang dapat petang semalam




Thursday, December 27, 2012

kari ikan tilapia - amboi

Tudia dah siap kari ikan tilapia 5 ekor yang kaknab pancing tu, rempah buat sendiri lagi, gulai ikan darat kena bagi masam sikit, dan tak payah bubuh santan. memang umph


memancing parit dapat tilapia

salam semua, kaknab baru je balik dari memancing, pagi ni kaknab p dekat round about dekat jusco, perda, dekat rumah kaknab, dalam 5 minit kayuh basikal macam tu. sambil exercise kayuh basikal, singgah, kejap baling rod, berumpankan cacing, mula2 memang tak henti anak2 tilapia sangkut kat mata kail, tapi tecik tonet sangat, kaknab buang je, tunggu lagi, lepas tu baru lah tilapia yang sederhana besar sangkut, 5 ekor semua, anak haruan pun dapat sekor, tapi anak haruan kaknab dah bagi dekat kawan, sebab menantu dia operation bersalin, kalau dapat haruan kaknab mesti bagi dekat dia, yang bestnya haruan, dia seret pelampung kaknab jauh, tarik2 haruan, patut lah seret jauh sangat, nak lepaskan diri. pukul 9.00 pagi kaknab pun balik, singgah kat kantin IPD perda, bagi ikan haruan dekat kawan kaknab, minum kopi ais dengan lopeh pulut, cok badak 2 biji baru balik rumah. seronok memancing ni, wpun dapat sikit ikan tapi ada ummmph juga.

kat sini lah kaknab memancing




melenting2 dia, 

5 ekor tilapia bakal disiang



Wednesday, December 26, 2012

MEMANCING KAT TELOK BAHANG

25/12/12 - Hari ni hari Krismas cuti umum. kaknab, anak sulung Jojo, dan suami, p memancing kat taman negara, telok bahang. Di sini banyak port memancing, tapi kena berjalan agak jauh juga ikut track taman negara, track ini boleh menujuk ke muka head, tapi kaknab and the group tak sampai ke muka head, kami berhenti separuh jalan ke mukahead, di sini port memancing cukup elok, memancing atas batu. sampai pukul 10.00 pagi.  Semua menggunakan udang, sotong dan isi ikan yang dipotong. kaknab selalunya tak baling jauh sangat, tak pandai ke tak ada tenaga tak taulah, orang tua kut hehehe. Kalau baling ketengah sikit rod boleh terasa sentiasa di pagut dik ikan. kalau dekat saja, emmmm kena tunggu lah ikan mai tepi, tu lah orang dok tarik ikan, kaknab dok tarik rod yang dah habis umpan, nasib nasib.












pemandangan yang cantik di taman negara telok bahang










titi gantung terdapat di taman negara telok bahang

track yang terdapat di taman negaa telok bahang

track di taman negara














Friday, September 14, 2012

memancing

lama betul tak update blog ni, kaknab pun tak ingat ada blog memancing, ingatkan id dan password dah lupa, rupanya dia sekali dengan blog jom jahit jom masak kaknab, tulah banyak sangat  buat blog sampai lupa hehehe.

hari ni kaknab kayuh2 basikal singgat jap kat parit memancing, dapat lah 3 ekor ikan puyu, kail tak berhenti ikan tarik tapi ikan tak lekat kat kail, barangkali mata kail besar sikit mulut ikan kecik tu yang memanjang terlepas je. tak lama kaknab memancing 45 minit je. jadi lah buat hilang gian memancing.