Monday, January 21, 2013

REPORT ACTIVITY MEMANCING

Hari ni. seperti biasa, kaknab memang pi mancing juga. Pagi dalam pukul 10.00, kaknab nak pi Jusco beli barang, tapi sebelum tu, kena singgah parit dulu mancing. sampai kat parit, kaknab terus taut rod, tak sampai 10 minit, ikan dah tarik, dia tarik jauh, hai ikan apa ni, jauh dia bawa kelampung, ingat haruan dah. tarik punya tarik rupanya tilapia. boleh tahan besaq juga. tengah dok buka ikan nak masuk dalam botol, rod yang lagi satu pun ikan dok tarik, tengok2 ada lagi seekor ikan tilapia, pun sama besar dengan yang mula tadi. Kira dalam 20 minit dapat 2 ekor, kira ok lah. tengok jam 10.30 pagi dah,. tunggu lagi sampai pukul 10.50, senyap je, ikan dah tak tarik lagi. memang takat ni saja rezeki hari ini 2 ekor ikan tilapia. Kaknab pun berhenti memancing, kayuh basikal terus pi jusco untuk beli barang sikit.


Balik rumah kaknab timbang ikan tu 250 gm sama berat pula tu, mesti 2 beradik ni. kaknab siang, mula2 ingat nak masak sup dengan 2 ekor ikan haruan yang kaknab dapat kelmarin tu. pastu ubah fikiran kaknab garamkan saja, campur dengan tilapia, tangkapan tempoh hari yang kaknab simpan dalam peti ais. Banyak pula stock tilapia ni. nanti esok boleh kaknab gaul dengan serbuk untuk buat pekasam.


 Petang lepas asar, kaknab pi lagi memancing, hari ni pi sorang saja, sebab husband kaknab tak ada kat Penang, dia pi Melaka urusan kerja. Tapi hari ni tungu punya tunggu, baling punya balik rod, asyik2 dapat ikan tecik tonet saja, tilapia kecik2, ikan terubui pun kecik2 saja. balik pukul 7.00 dengan botol kosong. sebab hari ini CNR hehehe.

Wednesday, January 2, 2013

ban pecah tanjung piandang

mai kaknab tempek gambar yang menarik semasa kaknab dan suami pi memancing kat ban pecah, tanjung piandang, kaknab suka ambik gambaq kat sana sebab cantik sangat.






masa ni ikan banyak kat ban pecah, kaknab dapat tengkerong yang besar


kerapu senang2 je dapat
masa tu ikan pari pun selalu dapat . ikan pari ni terberanak semasa kaknab dapat dia, anak dia jatuh dalam timba, siannya, anak kaknab lepaskan ke laut

Tuesday, January 1, 2013

memancing tilapia lagi

Baru balik dari memancing kat parit, tempat biasa parit dekat roundabout Jusco. Aktiviti memancing membuka tirai tahun baru dengan pancingan yang lumayan, dapat 26 ekor tilapia, dalam 2 1/2 kilo, pi pukul 8.00 pagi balik 9,30 pagi, mau tak dapat banyak, suami pakai 4 rod, kaknab pakai 3 rod,  kalau pakai 1 rod, tak boleh dapat macam ni banyak kalau sekejap, itu pun hujan turun kalau tak memang tak balik lagi lah, yang besar2 boleh lah buat lauk, goreng pun sodap, yang kecik sikit buat pekasam.

ikan dalam botol, siap nak balik

tunggu mati, baru nak siang

Monday, December 31, 2012

pancing lagi

Pagi tadi kaknab p memancing parit dekat roundabout lagi, hari ini best 9 ekor tilapia kaknab dapat, besar2 pula tu, yang best ialah masa ikan tarik pelampung zuuuuup p jauh, bila tarik pun berat, seronok lah sebab tu asyik gila nak p memancing, ikan yang kaknab dapat 9 ekor, 4 ekor bagi kawan kaknab 5 ekor lagi kaknab masak gulai tempoyak tilapia, sedapnya, ikan baru manis isinya. yang kecil2 sikit, hasil pancing semalam kaknab nak buat pekasam, dah siang dan garamkan nanti esok baru boleh lumur dengan serbuk beras goreng.

ikan tilapia dan puyu untuk buat pekasam

Sunday, December 30, 2012

CACING

Geli tak dengan cacing? ramai juga yang geli geleman tengok cacing, tambah pula dia melenting letok, lagi lah depa geli, tapi bagi pemancing tegar macam kaknab, pegang cacing biasa je, kaknab nanti korek dekat block B4, tanahnya lembab banyak cacing yang gemok2, kolor kelabu2. tanah sebelah rumah kaknab cacing dia lain sikit, merah2 lembut, Lagi satu cacing pula merah terang, gemok leper sikit, tapi melenting bukan main, kadang2 kalau tak kena bubuh kat mata kail, dia punya lenting, sampai boleh terlucut, tak sempat ikan nak makan, tapi cacing jenis ni, jarang kaknab jumpa, baru2 ni kaknab dapat dekat bekas pokok betik yang mati, mak ai, kaknab angkat akar2 kat situ, meremut cacing merah menyala, kaknab yang selalu dok cari cacing, pun rasa naik geli pula. banyak sangat pastu dia kelupuq teruk, kalau yang tak biasa lagi lah geli geleman.

cacing yang kaknab gali, banyak kan

port memancing favourite

Tanjung Piandang, Ban pecah. Sebelah parit, sebelah lagi laut, Di sini ialah port memancing kaknab yang paling suka sekali, kaknab selalu mancing dekat parit, senang, tak payah nak hayun rod nak baling jauh, kalau mancing laut. Suami suka mancing laut, tapi sejak dua menjak kebelakangan ni, ikan dilaut tak dapat langsung, baling je umpan habis dimakan buntai, suami pun dah boring, asyik hampeh saja.

parit yang panjang, kalau memancing kat sini tak pernah hampeh, selalu mesti dapat ikan, tak kiralah ikan apa pun, puyu, tilapia, haruan, selalu yang dok dapat banyak ikan temekong lah, tau dak ikan temekong, pernah tengok dak ikan ni, ikan ni species ikan duri, tapi kecil2 paling besar pun dalam 2 jari macam tu. Kalau besar 2 jari kaknab ambik, yang tecik tonet kaknab buang balik, tilapia, puyu memang besar2 kat sini.



Saturday, December 29, 2012

TILAPIA LAGI

Semalam Jumaat petang, kaknab dengan suami pi memancing lagi kat parit roundabout jusco tu, suami dapat 9 ekor tiliapia kaknab 3 ekor je, yang kaknab dapat ikan tecik2 tonet banyak, macam national geography pula catch and release, ikan tecik2 kaknab lepaskan bagi dia besaq sikit, lain kali boleh lah kaknab mai memancing lagi. Pukul 7.00 kami pun balik, Pagi ni, Sabtu tengok cacing tak berapa banyak, pagi2 lagi kaknab pi korek dapat 20 ekor jadi lah untuk memancing pagi ni, selalunya pagi2 tak boleh memancing lama kat parit tu, sebab panas, pukul 10 macam tu kami pun balik lah, semalam 12 ekor, pagi ni 4 ekor jadi 16 ekor semua, yang 9 ekor dah mati, kaknab pun siang masuk dalam peti ais, tinggal lagi 7 ekor masih hidup dok terkodek2 berenang dalam besen. tunggu gol baru kaknab siang lagi, kat suami masak cabai boh daun kunyit sodap.
yang masih berenang



12 ekor yang dapat petang semalam